Sunday 26 June 2016

Mungkin belum tiba masanya?



Ok dah janji taknak buat post berkaitan hati. Serious nanti entry jadi poetic macam ntah pape haha. Come on lah dah 22 tahun kot hiks. Lagi setahun nak genggam degree scroll, dan dalam setahun ni jugalah macam macam berlaku dalam kehidupan yang penuh kejutan ni. Siapa sangka boleh bertukar jadi sebegini matang? Siapa sangka mampu run program itu ini? Siapa sangka boleh kutip pengalaman pegang jawatan sana sini? Dan siapa sangka dalam tak sedar aku menyangkal yang aku jatuh cinta? Haa tengok dah nampak selit selit poem style hahahha.

Terima kasih untuk yang sentiasa mengingatkan. Terima kasih untuk yang sentiasa menegur. Terima kasih untuk yang sentiasa di sisi. Terima kasih untuk yang tak berhenti mencurah kasih. Terima kasih juga yang  tak henti titipkan doa buat diri. Buat awak, terima kasih berusaha menjaga hubungan ini agar sentiasa dalam redha Allah meski mulanya aku terlepas jauh. Tak terkira bersyukur. 

Sejujurnya, dalam berlari mengah untuk mencari laluan hidup, aku lupa aku masih ada ibu ayah untuk dicurah bakti semampu baik. Aku lupa mereka makin berumur. Aku lupa adik adik meningkat dewasa. Aku lupa yang mereka makin berdikari. Aku lupa aku dah besar. Cukup besar untuk beza baik buruk. Dan dalam diam, aku menjadi takut untuk tempuh realiti. 





"The rain falling
reminds me of you,
because it is falling hard
and I am too"






Monday 6 July 2015

Sekejap cuma






Bunga.


Ya benar
Cukup ramai yang tertarik
Dengan kecantikannya
Dengan indah hiasannya
Dengan harum baunya

Tapi
Bila mana
Hujan lebat menimpa
Ribut memukul
Taufan melanda
Kering kehausan
Panas terik memancar

Layu tunduk hilang seri
Kelopak koyak di tepi
Tiada yang mahu pandang lagi
Tiada kucupan hinggap
Tiada pujian kedengaran
---Hilang


Lalu aku teringat satu kata ini,

"Adakah cinta dan kucupan semalam untuk bunga ini
adalah kerana rupa dan baunya semata?"


 الروح الجميلة هي امرأة جميلة

----senyum :)